Tidak terasa, sudah hampir 3 tahun lebih saya menjalin persahabatan dengan. 3 tahun tentu bukanlah waktu yang singkat untuk sebuah persahabatan. Lebih-lebih selama itu pula saya duduk sekelas dan pernah tidur sebantal dengan mereka. Kisah suka duka dikongsi bersama. Seikat kisah yang tak bisa dianggap remeh, bahkan dipandang sebelah mata.
Sepetang di Permai
Al-kisah di zaman pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hiduplah 3 orang sahabat, yang pertama bernama Nur Syakila binti Kasdinata yang lebih dikenali sebagai Syakila, Siti Zaleha Mohamad yang lebih dikenali sebagai Layha dan Haironisah binti Mohd Waillie sebagai Yon. Kisah mereka penuh suka dan duka. Syakila dan Yon berkenalan ketika mereka berdua berada dalam sebuah kumpulan 5 dan Syakila diamanahkan sebagai ketua kumpulan. Layha yang sepatutnya menjadi ahli kumpulan 5 tetapi telah bertukar dengan Syakila yang sepatutnya berada di kumpulan 4. Pada masa yang sama Syakila dan Layha menjadi ketua kumpulan. Mereka bersahabat dan menjadi rakan sekelas yang rapat. Dalam berbagai kesempatan mereka selalu sehati sejiwa dan persahabatan yang sukar untuk dipisahkan. Seiring dan sejalan mengharungi liku-liku hidup yang penuh suka dan duka sehingga tamatnya pengajian mereka.
[To be Continue]
Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat.




No comments:
Post a Comment